بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt.
Hi semua, wah wah wah.. lama sudah blog ini kesepian tanpa sebarang update. Fuhh, saya pun nyaris-nyaris terlupa pasword dan link blog ni. Ingatkan dah delete. hee. Alhamdulillah tiba-tiba bila baca blog sendiri rasa macam.. 'EH, menariknya' ewahhh ! Erk, ini tidak bermakna saya hendak masuk lift dan tekan sendiri. Oh, itu peribahasa zaman modern. Jangan tiru ye adik adik..
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Syukur.Syukur.Syukur. Imagine kalau kita tidak diberikan peluang tersebut. Oh i can't. Banyak dosa yang x tertanggung ni. Okay, harini nak cerita serba sedikit perjalanan hidup saya setelah sekian lama menyepi. Amboii gitu ;p
Saya alhamdulillah sihat. Baik baik sahaja. Cuma masa serta ketidakkesempatan campur sedikit kemalasan melanda diri.Astagfirullahalazim.. menyebabkan blog ini sunyi sepi. Alhamdulillah saya sekarang berada di tahun akhir. InsyaAllah bulan 7 tahun depan boleh grad dengan jayanya dengan izinNya. Ameen :)
Okay gambar ni hiasan , ihsan dari encik Google. Saya tak de lah study sampai mata pusing pusing. hee. Berusaha itu perlu. Kalau kita hendakkan sesuatu yang bernilai di masa hadapan. Ini masanya untuk kita korbankan apa yang patut. Erk, jangan salah tafsir. Maksud saya, kita kena korbankan masa tidur, masa mandi, EH? hee.. demi untuk mencipta suatu kejayaan. Tapi kita kena ingat. Jangan lupa pada Allah. Dia lah yang akan menentukan kita berjaya ataupun tidak.
Creadit to : iluvislam
Kalau kita usaha, tawakkal insyaAllah ada rezeki. Kita akan berjaya. Usaha itu penting. Imagine, orang nak masuk syurga tapi perangai macam ahli neraka. Nauzubillah. Agak - agak lah, ada tak harapan dia nak ke jannah? Mungkin ye kita tak boleh nak cakap, dia bakal ahli syurga atau neraka. Tapi atleast kita ada usaha ke arah itu.Selebihnya tugas Allah. Tu kita jangan sibuk na.
Saya juga sedang bertungkus lumus. Yeke? i'm asking myself. I hope so. Tambah lagi, saya sudah menjadi final year students. Memang kerja sekolah tu, menimbun nimbun lah kan. Wahh gitu. Tak pe, belajar semua tu satu ibadah..InsyaAllah kat dunia ni kalau kita buat apa sahaja demi Allah itu dikira satu ibadah :) . Islam itu mudah tapi kadang2 manusia yang menyusahkannya sendiri.
Contoh 1 : Solat
Dah memang sememang memangnya solat itu WAJIB. Sampai waktunya, dah azan , pergilah sembahyang. Senang kan?
Yang susahnya bila hati kita sendiri bermonolog ' ish malas lah solat, curi masa aku je, aarggh xnak solat' Then, ia jadi rumit kan? Siapa yang rumitkan keadaan?
Diri sendiri. Bisikan syaitan yang jahat ni kena dilawan :)
Setakat itu sahaja lah coretan saya pada malam ini. Mata dah sayu sayu minta rehat. Ecehh. Assalammualaikum. Jumpa lagi. Okay, hang bajet macam ramai yang baca blog hang ni.
Last quote
Kreadit to : Encik Google
Semoga pada sesiapa yang terbaca blog saya ni. Atleast dapat lah sedikit manfaat ye :). Ameen .
Wallahu'alam
تريما كاسيه كران ممباچ
2 comments:
bagus..simple tp input tu byk dan berguna..tq ya share bnda ni..hehehhe....
Sharing is caring.. :D..
Post a Comment