Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt semua :)

Selamat Tahun Baru semua.. 1434 H. Walaupun dekat Malaysia ini kita tidak menggunakan calendar islam tetapi ianya tdak bermakma kita kena lupa terus tentang calendar agama islam kan? Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk menikmati nikmat Allah pada tahun 1434 H ini. Selama hidup didunia ni terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Adakah kita sedar ?? *Oh baru nak sedar*

Orang selalu cakap jangan tanya apa sumbangan kira pada orang lain tetapi tanya lah apa sumbangan kita pada orang lain. Apa sahaja benda baik yang kira buat pada orang lain jangan dikenang tapi kenanglah apa jasa orang lain pada kita. Supaya kita sentiasa beringat :)

" Jangan melihat orang pada masa kini yang melakukan dosa seumpama mereka ahli neraka, Dan janganlah melihat kebaikan kita pada harini seupana kita ni ahli syurga. "

kerana?

Rezeki dari Allah itu kita taktahu.Ada yang mungkin disaat hidupnya dia banyak melakukan dosa tetapi mungkin disaat akhir hidup dia, dia ada melakukan kebaikan dimana ianya boleh menyelamatkan dia daripada masuk neraka. Wallahualam,

Oh satu lagi. Sudah menjadi satu trend bila mana masuk je Awal Muharam semua facebookers akan post 'Doa Awal dan Akhir Tahun'. Perasan tak? tetttt. Okay, sebenarnya Doa Awal dan Akhir Tahun ini bukanlah salah satu Sunnah dari Rasullullah. Tapi tak salah jika kita membaca nya kerana ia mempunyai maksud yang baik. Apa sahaja perkara yang baik. Buat je lah ye :)

Creadit to Encik Google . 

Salam Maal Hijrah
Jom berhijrah kearah kebaikan :) Ameen .




Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



Wednesday, 14 November 2012

Terima kasih kawan :)

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum Wbt. Apa khabar semua ? Harap dalam keadaan sihat rohani dan jasadi :).
Minggu ni masih rasa macam mood - mood cuti lagi. Sebab selasa dan khamis cuti devali dan awal muharam. So, rasa nak pergi kelas pon berkira-kira. Ish3..Tak elok sebenarnya macam ni. Tapi dah tahu,still lagi buat. Haihhh.. T__T. 

Creadit to Encik Google

Perjalanan hidup harini. Pagi tadi ada kelas, presentation lagi. Ohmyyy pengkritik sampai 4 orang lecturer *pengsan*. Memang agak kena hentam lah. Majority semua dikritik oleh lecturer termasuk saya. Sampai at the end ada seorang lecturer tu cakap ' Jangan lah awak sedih, saya nasihat je' . Eh, sebenarnya saya bukan sedih Encik tapi saya sedang memikirkan sesuatu. hahah. Walaupon mula mula rasa macam nak marah tapi bila pikiaq balik. Semua tu demi masa depan saya jugak. Bagus sebenarnya teguran teguran dari pensyarah ni. Tak pa na, saya ambil sebagai satu benda yang positif. Cuma refresh balik sebab sebelum ni rasa anginnnn je. heee. Almaklum darah muda. Harap harap tak selalu macam ni ye :)

Okay, continue cerita. Macam dah lari cerita dari tajuk diatas. Tajuk harini 'TERIMA KASIH KAWAN' sebab? Ha, ni yang saya nak cerita. Nak dijadikan cerita selepas presentation yang tamat pada jam 1030pagi tu. Kami dalam 10 orang nak makan kat cafe fakulti. Malangnya Fullhouse. So, beranjak lah, Otak ni memang laju je pikiaq kalau bab nak jalan jalan ni. EH? hee. Then, we decide to brunch at Restoren Hakim. Konvoi 2 kereta. Makan punya makan sampai kenyang lah. Alhamdulillah :)

Creadit to Encik Google

Tengah tengah makan, kawan call ajak pergi Setia City Mall, Mereka nak mencari kasut. Ada sale katanya, kasut yang puluh puluh diturunkan harga ke RM15. Memang menggila lah kan. Hee. Masa ni teruji sikit lah nafsu tu, tapi bila fikir balik..tengok kasut masih baru. Saya abaikan sale sale ni semua. Tahan nafsu sikit ye kalau masuk mall. Oh ye, Kami pergi 3 kereta masa ni. 2 orang lelaki, 8 orang perempuan. Yang lelaki classmate memang mati kutu lah.Duk termenung je, bosan agaknya keluar dengan perempuan nak shopping. haha. But remember one day u will face this situation with you wife. Wife not girlfren okay :). Oh. mungkin bershopping dengan si isteri lagi menarik kan? ;p. 

Saya pon agak bosan ketika tu, lari kejap masuk kedai baju baju sukan.Wahh tertarik dengan design Nike. Walaupon hanya baju putih dan minor design tapi ianya cukup menawan. Nafsu lagi. haihh. Nyaris dah nak pergi bank keluar duit. Tahan lagi. Tengok harga RM99 . Fuhhh syukur. Nasib harga nya mahal . hahah ;p

Okay okay. Sambil sambil menunggu kawan kawan perempuan nak beli kasut. Saja lah tengok directory kat Mall tu. Ternampak Big Apple. Wahh ni memang menguji sebab saya dah lama nak makan donuts ni.. Nak dijadikan cerita. Ada member sorang ni duduk sahaja. 

Perbualan kami : Terima Kasih kawan :)

Saya : Haus tak?
Kawan : Tak, kenyang lah *ofcos lah, kiteorang baru lepas makan kot* . Kenapa?
Saya : Nak pergi Big Apple tak ? Nak makan.
Kawan : Tak kenyang lagi ke ? Makan lah fast food banyak banyak. Nanti badan naik baru tahu
Saya : Erkk.. *terus diam membisu*

Creadit to iluvislam

Mula mula rasa macam tersentap jugak lah kan. haha. Tapi bila fikir fikir balik.Ada betulnya apa kawan saya cakap tu. Zaman sekarang kita selalu didedahkan dengan makanan yang tak sihat. I means fast food. Tak elok makan selalu. Tapi sejak jadi students ni kadang kadang makanan tu macam dah jadi makanan harian. Sangat tak elok okay sebenarnya. So, harini nak tanamkan azam. No fast food. Boleh ambil tapi jarang jarang. Harap harap boleh lah capai azam ni. Satu lagii.. bila tengok fast food , kita lupa yang kita sebenarnya seorang pelajar yang TIDAK BERGAJI. Semua mak ayah support. Kesian mereka, kalau kita selalu makan fast food , duit pon banyak keluar. hmm. Baru sedar kan? Kriikk kriikk.

"Dalam islam pon mengajar kita untuk berlapang dada kan? Menerima segala nasihat orang lain tanpa memikirkan siapa dia. Mahupun dia seorang pelacur ^^"

Disini, saya nak ucapkan terima kasih kawan. Tak perlu mention nama sebab blog ni saya xbagi tahu sesiapa pon. Siapa terjumpa.jumpa lah :). Terima kasih sebab ingatkan saya tentang kesihatan. Lagipon, boleh berdiet .. Dan terima kasih juga pada semua kawan kawan yang menghiburkan hari hari saya . Full of love, ^^



Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ


p/s : Balik dari Setia City terus ke kelas.
kelas petang2 memang mengantok ;p.

Monday, 12 November 2012

Setelah sekian lama menyepi...


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt.
Hi semua, wah wah wah.. lama sudah blog ini kesepian tanpa sebarang update. Fuhh, saya pun nyaris-nyaris terlupa pasword dan link blog ni. Ingatkan dah delete. hee. Alhamdulillah tiba-tiba bila baca blog sendiri rasa macam.. 'EH, menariknya' ewahhh ! Erk, ini tidak bermakna saya hendak masuk lift dan tekan sendiri. Oh, itu peribahasa zaman modern. Jangan tiru ye adik adik..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Syukur.Syukur.Syukur. Imagine kalau kita tidak diberikan peluang tersebut. Oh i can't. Banyak dosa yang x tertanggung ni. Okay, harini nak cerita serba sedikit perjalanan hidup saya setelah sekian lama menyepi. Amboii gitu ;p

Saya alhamdulillah sihat. Baik baik sahaja. Cuma masa serta ketidakkesempatan campur sedikit kemalasan melanda diri.Astagfirullahalazim.. menyebabkan blog ini sunyi sepi. Alhamdulillah saya sekarang berada di tahun akhir. InsyaAllah bulan 7 tahun depan boleh grad dengan jayanya dengan izinNya. Ameen :)


Okay gambar ni hiasan , ihsan dari encik Google. Saya tak de lah study sampai mata pusing pusing. hee. Berusaha itu perlu. Kalau kita hendakkan sesuatu yang bernilai di masa hadapan. Ini masanya untuk kita korbankan apa yang patut. Erk, jangan salah tafsir. Maksud saya, kita kena korbankan masa tidur, masa mandi, EH? hee.. demi untuk mencipta suatu kejayaan. Tapi kita kena ingat. Jangan lupa pada Allah. Dia lah yang akan menentukan kita berjaya ataupun tidak.

Creadit to : iluvislam

 Kalau kita usaha, tawakkal insyaAllah ada rezeki. Kita akan berjaya. Usaha itu penting. Imagine, orang nak masuk syurga tapi perangai macam ahli neraka. Nauzubillah. Agak - agak lah, ada tak harapan dia nak ke jannah? Mungkin ye kita tak boleh nak cakap, dia bakal ahli syurga atau neraka. Tapi atleast kita ada usaha ke arah itu.Selebihnya tugas Allah. Tu kita jangan sibuk na.

Saya juga sedang bertungkus lumus. Yeke? i'm asking myself. I hope so. Tambah lagi, saya sudah menjadi final year students. Memang kerja sekolah tu, menimbun nimbun lah kan. Wahh gitu. Tak pe, belajar semua tu satu ibadah..InsyaAllah kat dunia ni kalau kita buat apa sahaja demi Allah itu dikira satu ibadah :) . Islam itu mudah tapi kadang2 manusia yang menyusahkannya sendiri.

Contoh 1 : Solat

Dah memang sememang memangnya solat itu WAJIB. Sampai waktunya, dah azan , pergilah sembahyang. Senang kan?

Yang susahnya bila hati kita sendiri bermonolog ' ish malas lah solat, curi masa aku je, aarggh xnak solat' Then, ia jadi rumit kan? Siapa yang rumitkan keadaan?

Diri sendiri. Bisikan syaitan yang jahat ni kena dilawan :)

Setakat itu sahaja lah coretan saya pada malam ini. Mata dah sayu sayu minta rehat. Ecehh. Assalammualaikum. Jumpa lagi. Okay, hang bajet macam ramai yang baca blog hang ni.

Last quote

Kreadit to : Encik Google

Semoga pada sesiapa yang terbaca blog saya ni. Atleast dapat lah sedikit manfaat ye :). Ameen .


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ

Sunday, 25 March 2012

Simple entry... ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful

Assalammualaikum wbt :)
Dah lama tak jengah blog ni . Disebabkan kesibukan melanda diri campur dengan malas sikit ditambah lagi dengan line yang agak lembab menyebabkan blog ni terkulai begitu saja ;p. Hujung minggu ni rasa ringan sikit sebab kerja kurang sikit berbanding minggu lepas yang agak 'hmm'.. heheh..

Minggu lepas jumpa dengan adik usrah , she is very nicee . saya suka bercakap dengan dia , bercerita dengan dia , best taw bila kita bersembang dengan orang baik baik ni. Tak percaya ? cuba try :) . Sebenarnya banyak benda nak diceritakan tapi apakan dayaaa tak larat nak menaip lah ... 

Nanti ada jodoh kita jumpa lagi ^^

" Kalau ada jodoh tak kemana ;p "

Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ

p/s : continue buat kerja.. oyeahhh ^^


Thursday, 8 March 2012

Dah masuk sem~

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum :)
Alhamdulillah masuk hari ni dah hari keempat di semestar baru . Minggu pertama ni kelas kejap kejap je . Lepas ni masuk minggu minggu seterusnya xde dah macam ni . Lepas ni akan penuh dengan kelas , assignment lagi . Memang itu tanggungjawab seorang pelajar pon kan ? :p . Tak boleh dah nak merungut tak cukup tido ke apa ke sebab cuti sem dah puas tido . InysaAllah semoga sem ni lebih semangat dan lebih diberkati olehnya :)

Matlamat sem ni ? hehe . Sama macam sem sem lepas yang selalu kandas di tengah jalan. Mula mula je semangat bagai , dah dekat tengah2 sem mula malas nak gi kelas lah ape lah. ish teruk saya ni . So , here i promise to all of you that reads my blog . Saya nak berubah . Saya nak belajar rajin - rajin , taknak tangguh kerja , nak kejar balik Dekan saya yang dah lari tu ;p . Semoga sem ni lebih semangat yee ! aminn :) Permulaan minggu pertama saya mulakan dengan tidak skip kelas. Nice , a good start for a long journey ;p . Semester ni ada 8 subjek. Semoga saya dan kawan - kawan lain dapat tempuhi semuanya dengan jayanya .

Pasal bilik kat kolej , everything is fine . Semua roomates okay . Alhamdulillah . Dapat kenal dengan kenalan baru . Kalau tiap2 sem orang yang sama pon boring gak kan ? hehe. Tapi ada 4 kakak2 yang baik . Chah , syera , as , ika :) . Chah n syera saya kenal dari semestar2 lagi . Baik sangat . tempat mengadu , bergurau senda. best ! Ika n as baru kelas sem3 lepas . Diorang pon baik. Semua perangai gila2 , kalau dapat mengusik. kecoh bilik ni ! :)

Lepas ni kurang lah update blog , sebab nak fokus. ecehh . InsyaAllah ada masa , ada cerita , saya update :)

Zikir untuk hari khamis :- " SubhanaAllah hil a'zimi "

" Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNYA "


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



::: I want back my Dekan :)
Dengan izinNya , tiada yang mustahil
Jomm usahhhaaa :)