Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt semua :)

Selamat Tahun Baru semua.. 1434 H. Walaupun dekat Malaysia ini kita tidak menggunakan calendar islam tetapi ianya tdak bermakma kita kena lupa terus tentang calendar agama islam kan? Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk menikmati nikmat Allah pada tahun 1434 H ini. Selama hidup didunia ni terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Adakah kita sedar ?? *Oh baru nak sedar*

Orang selalu cakap jangan tanya apa sumbangan kira pada orang lain tetapi tanya lah apa sumbangan kita pada orang lain. Apa sahaja benda baik yang kira buat pada orang lain jangan dikenang tapi kenanglah apa jasa orang lain pada kita. Supaya kita sentiasa beringat :)

" Jangan melihat orang pada masa kini yang melakukan dosa seumpama mereka ahli neraka, Dan janganlah melihat kebaikan kita pada harini seupana kita ni ahli syurga. "

kerana?

Rezeki dari Allah itu kita taktahu.Ada yang mungkin disaat hidupnya dia banyak melakukan dosa tetapi mungkin disaat akhir hidup dia, dia ada melakukan kebaikan dimana ianya boleh menyelamatkan dia daripada masuk neraka. Wallahualam,

Oh satu lagi. Sudah menjadi satu trend bila mana masuk je Awal Muharam semua facebookers akan post 'Doa Awal dan Akhir Tahun'. Perasan tak? tetttt. Okay, sebenarnya Doa Awal dan Akhir Tahun ini bukanlah salah satu Sunnah dari Rasullullah. Tapi tak salah jika kita membaca nya kerana ia mempunyai maksud yang baik. Apa sahaja perkara yang baik. Buat je lah ye :)

Creadit to Encik Google . 

Salam Maal Hijrah
Jom berhijrah kearah kebaikan :) Ameen .




Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



Wednesday, 14 November 2012

Terima kasih kawan :)

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum Wbt. Apa khabar semua ? Harap dalam keadaan sihat rohani dan jasadi :).
Minggu ni masih rasa macam mood - mood cuti lagi. Sebab selasa dan khamis cuti devali dan awal muharam. So, rasa nak pergi kelas pon berkira-kira. Ish3..Tak elok sebenarnya macam ni. Tapi dah tahu,still lagi buat. Haihhh.. T__T. 

Creadit to Encik Google

Perjalanan hidup harini. Pagi tadi ada kelas, presentation lagi. Ohmyyy pengkritik sampai 4 orang lecturer *pengsan*. Memang agak kena hentam lah. Majority semua dikritik oleh lecturer termasuk saya. Sampai at the end ada seorang lecturer tu cakap ' Jangan lah awak sedih, saya nasihat je' . Eh, sebenarnya saya bukan sedih Encik tapi saya sedang memikirkan sesuatu. hahah. Walaupon mula mula rasa macam nak marah tapi bila pikiaq balik. Semua tu demi masa depan saya jugak. Bagus sebenarnya teguran teguran dari pensyarah ni. Tak pa na, saya ambil sebagai satu benda yang positif. Cuma refresh balik sebab sebelum ni rasa anginnnn je. heee. Almaklum darah muda. Harap harap tak selalu macam ni ye :)

Okay, continue cerita. Macam dah lari cerita dari tajuk diatas. Tajuk harini 'TERIMA KASIH KAWAN' sebab? Ha, ni yang saya nak cerita. Nak dijadikan cerita selepas presentation yang tamat pada jam 1030pagi tu. Kami dalam 10 orang nak makan kat cafe fakulti. Malangnya Fullhouse. So, beranjak lah, Otak ni memang laju je pikiaq kalau bab nak jalan jalan ni. EH? hee. Then, we decide to brunch at Restoren Hakim. Konvoi 2 kereta. Makan punya makan sampai kenyang lah. Alhamdulillah :)

Creadit to Encik Google

Tengah tengah makan, kawan call ajak pergi Setia City Mall, Mereka nak mencari kasut. Ada sale katanya, kasut yang puluh puluh diturunkan harga ke RM15. Memang menggila lah kan. Hee. Masa ni teruji sikit lah nafsu tu, tapi bila fikir balik..tengok kasut masih baru. Saya abaikan sale sale ni semua. Tahan nafsu sikit ye kalau masuk mall. Oh ye, Kami pergi 3 kereta masa ni. 2 orang lelaki, 8 orang perempuan. Yang lelaki classmate memang mati kutu lah.Duk termenung je, bosan agaknya keluar dengan perempuan nak shopping. haha. But remember one day u will face this situation with you wife. Wife not girlfren okay :). Oh. mungkin bershopping dengan si isteri lagi menarik kan? ;p. 

Saya pon agak bosan ketika tu, lari kejap masuk kedai baju baju sukan.Wahh tertarik dengan design Nike. Walaupon hanya baju putih dan minor design tapi ianya cukup menawan. Nafsu lagi. haihh. Nyaris dah nak pergi bank keluar duit. Tahan lagi. Tengok harga RM99 . Fuhhh syukur. Nasib harga nya mahal . hahah ;p

Okay okay. Sambil sambil menunggu kawan kawan perempuan nak beli kasut. Saja lah tengok directory kat Mall tu. Ternampak Big Apple. Wahh ni memang menguji sebab saya dah lama nak makan donuts ni.. Nak dijadikan cerita. Ada member sorang ni duduk sahaja. 

Perbualan kami : Terima Kasih kawan :)

Saya : Haus tak?
Kawan : Tak, kenyang lah *ofcos lah, kiteorang baru lepas makan kot* . Kenapa?
Saya : Nak pergi Big Apple tak ? Nak makan.
Kawan : Tak kenyang lagi ke ? Makan lah fast food banyak banyak. Nanti badan naik baru tahu
Saya : Erkk.. *terus diam membisu*

Creadit to iluvislam

Mula mula rasa macam tersentap jugak lah kan. haha. Tapi bila fikir fikir balik.Ada betulnya apa kawan saya cakap tu. Zaman sekarang kita selalu didedahkan dengan makanan yang tak sihat. I means fast food. Tak elok makan selalu. Tapi sejak jadi students ni kadang kadang makanan tu macam dah jadi makanan harian. Sangat tak elok okay sebenarnya. So, harini nak tanamkan azam. No fast food. Boleh ambil tapi jarang jarang. Harap harap boleh lah capai azam ni. Satu lagii.. bila tengok fast food , kita lupa yang kita sebenarnya seorang pelajar yang TIDAK BERGAJI. Semua mak ayah support. Kesian mereka, kalau kita selalu makan fast food , duit pon banyak keluar. hmm. Baru sedar kan? Kriikk kriikk.

"Dalam islam pon mengajar kita untuk berlapang dada kan? Menerima segala nasihat orang lain tanpa memikirkan siapa dia. Mahupun dia seorang pelacur ^^"

Disini, saya nak ucapkan terima kasih kawan. Tak perlu mention nama sebab blog ni saya xbagi tahu sesiapa pon. Siapa terjumpa.jumpa lah :). Terima kasih sebab ingatkan saya tentang kesihatan. Lagipon, boleh berdiet .. Dan terima kasih juga pada semua kawan kawan yang menghiburkan hari hari saya . Full of love, ^^



Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ


p/s : Balik dari Setia City terus ke kelas.
kelas petang2 memang mengantok ;p.

Monday, 12 November 2012

Setelah sekian lama menyepi...


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt.
Hi semua, wah wah wah.. lama sudah blog ini kesepian tanpa sebarang update. Fuhh, saya pun nyaris-nyaris terlupa pasword dan link blog ni. Ingatkan dah delete. hee. Alhamdulillah tiba-tiba bila baca blog sendiri rasa macam.. 'EH, menariknya' ewahhh ! Erk, ini tidak bermakna saya hendak masuk lift dan tekan sendiri. Oh, itu peribahasa zaman modern. Jangan tiru ye adik adik..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Syukur.Syukur.Syukur. Imagine kalau kita tidak diberikan peluang tersebut. Oh i can't. Banyak dosa yang x tertanggung ni. Okay, harini nak cerita serba sedikit perjalanan hidup saya setelah sekian lama menyepi. Amboii gitu ;p

Saya alhamdulillah sihat. Baik baik sahaja. Cuma masa serta ketidakkesempatan campur sedikit kemalasan melanda diri.Astagfirullahalazim.. menyebabkan blog ini sunyi sepi. Alhamdulillah saya sekarang berada di tahun akhir. InsyaAllah bulan 7 tahun depan boleh grad dengan jayanya dengan izinNya. Ameen :)


Okay gambar ni hiasan , ihsan dari encik Google. Saya tak de lah study sampai mata pusing pusing. hee. Berusaha itu perlu. Kalau kita hendakkan sesuatu yang bernilai di masa hadapan. Ini masanya untuk kita korbankan apa yang patut. Erk, jangan salah tafsir. Maksud saya, kita kena korbankan masa tidur, masa mandi, EH? hee.. demi untuk mencipta suatu kejayaan. Tapi kita kena ingat. Jangan lupa pada Allah. Dia lah yang akan menentukan kita berjaya ataupun tidak.

Creadit to : iluvislam

 Kalau kita usaha, tawakkal insyaAllah ada rezeki. Kita akan berjaya. Usaha itu penting. Imagine, orang nak masuk syurga tapi perangai macam ahli neraka. Nauzubillah. Agak - agak lah, ada tak harapan dia nak ke jannah? Mungkin ye kita tak boleh nak cakap, dia bakal ahli syurga atau neraka. Tapi atleast kita ada usaha ke arah itu.Selebihnya tugas Allah. Tu kita jangan sibuk na.

Saya juga sedang bertungkus lumus. Yeke? i'm asking myself. I hope so. Tambah lagi, saya sudah menjadi final year students. Memang kerja sekolah tu, menimbun nimbun lah kan. Wahh gitu. Tak pe, belajar semua tu satu ibadah..InsyaAllah kat dunia ni kalau kita buat apa sahaja demi Allah itu dikira satu ibadah :) . Islam itu mudah tapi kadang2 manusia yang menyusahkannya sendiri.

Contoh 1 : Solat

Dah memang sememang memangnya solat itu WAJIB. Sampai waktunya, dah azan , pergilah sembahyang. Senang kan?

Yang susahnya bila hati kita sendiri bermonolog ' ish malas lah solat, curi masa aku je, aarggh xnak solat' Then, ia jadi rumit kan? Siapa yang rumitkan keadaan?

Diri sendiri. Bisikan syaitan yang jahat ni kena dilawan :)

Setakat itu sahaja lah coretan saya pada malam ini. Mata dah sayu sayu minta rehat. Ecehh. Assalammualaikum. Jumpa lagi. Okay, hang bajet macam ramai yang baca blog hang ni.

Last quote

Kreadit to : Encik Google

Semoga pada sesiapa yang terbaca blog saya ni. Atleast dapat lah sedikit manfaat ye :). Ameen .


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ

Sunday, 25 March 2012

Simple entry... ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful

Assalammualaikum wbt :)
Dah lama tak jengah blog ni . Disebabkan kesibukan melanda diri campur dengan malas sikit ditambah lagi dengan line yang agak lembab menyebabkan blog ni terkulai begitu saja ;p. Hujung minggu ni rasa ringan sikit sebab kerja kurang sikit berbanding minggu lepas yang agak 'hmm'.. heheh..

Minggu lepas jumpa dengan adik usrah , she is very nicee . saya suka bercakap dengan dia , bercerita dengan dia , best taw bila kita bersembang dengan orang baik baik ni. Tak percaya ? cuba try :) . Sebenarnya banyak benda nak diceritakan tapi apakan dayaaa tak larat nak menaip lah ... 

Nanti ada jodoh kita jumpa lagi ^^

" Kalau ada jodoh tak kemana ;p "

Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ

p/s : continue buat kerja.. oyeahhh ^^


Thursday, 8 March 2012

Dah masuk sem~

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum :)
Alhamdulillah masuk hari ni dah hari keempat di semestar baru . Minggu pertama ni kelas kejap kejap je . Lepas ni masuk minggu minggu seterusnya xde dah macam ni . Lepas ni akan penuh dengan kelas , assignment lagi . Memang itu tanggungjawab seorang pelajar pon kan ? :p . Tak boleh dah nak merungut tak cukup tido ke apa ke sebab cuti sem dah puas tido . InysaAllah semoga sem ni lebih semangat dan lebih diberkati olehnya :)

Matlamat sem ni ? hehe . Sama macam sem sem lepas yang selalu kandas di tengah jalan. Mula mula je semangat bagai , dah dekat tengah2 sem mula malas nak gi kelas lah ape lah. ish teruk saya ni . So , here i promise to all of you that reads my blog . Saya nak berubah . Saya nak belajar rajin - rajin , taknak tangguh kerja , nak kejar balik Dekan saya yang dah lari tu ;p . Semoga sem ni lebih semangat yee ! aminn :) Permulaan minggu pertama saya mulakan dengan tidak skip kelas. Nice , a good start for a long journey ;p . Semester ni ada 8 subjek. Semoga saya dan kawan - kawan lain dapat tempuhi semuanya dengan jayanya .

Pasal bilik kat kolej , everything is fine . Semua roomates okay . Alhamdulillah . Dapat kenal dengan kenalan baru . Kalau tiap2 sem orang yang sama pon boring gak kan ? hehe. Tapi ada 4 kakak2 yang baik . Chah , syera , as , ika :) . Chah n syera saya kenal dari semestar2 lagi . Baik sangat . tempat mengadu , bergurau senda. best ! Ika n as baru kelas sem3 lepas . Diorang pon baik. Semua perangai gila2 , kalau dapat mengusik. kecoh bilik ni ! :)

Lepas ni kurang lah update blog , sebab nak fokus. ecehh . InsyaAllah ada masa , ada cerita , saya update :)

Zikir untuk hari khamis :- " SubhanaAllah hil a'zimi "

" Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNYA "


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



::: I want back my Dekan :)
Dengan izinNya , tiada yang mustahil
Jomm usahhhaaa :)

Saturday, 3 March 2012

Kemas kemas balik U ~


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum :)
Tadi update status kat twitter , " Pakai inai sebelah jari je sebab pakai kejap tapi pekatnya " . Tiba - tiba ada friend kat twitter a.k.a jiran setaman pangkat kakak , reply tweet . " Selamat Pengantin Baru " . Saya macam .. eh ? hahah . And i reply it " Terima kasih kak , semoga panjang jodoh kami " and she reply back " Semoga kekal sampai syurga " . Tiba tiba rasa macam seronok mengarut and i reply " Masin mulut akak ni cepat lah sampai kad kawen nanti " EH ? hahah . Just for fun :) . 

" Tak perlu couple untuk mencari calon suami , InsyaAllah sudah tiba masanya nanti adalah. Bukan kah semua itu telah ditentukan oleh Allah swt sejak kita dalam perut ibu lagi "

Hari ni last day dekat rumah , esok sebelum subuh dah nak gerak ke Shah Alam , sem dah nak mula isnin tu . Fuhh ! dua tiga hari ni memang duk menyusun baju , barang - barang dari sekecil kecil sampai ke besar - besar .Barang2 yang kecil bila banyak jadi besar jugak kan ? Aihh . Dari dulu bila nak naik sem semua nak angkut , Rasa semuanya perlu . Lagi2 part baju . Kot datang nya masa busy memang tak dan nak basuh baju mana nak cekau baju ye tak ? Tu bawak banyak . Rasa perlu sangat . Tapi believe on me , sampai sana . Half takkan guna , last2 menyesal tak sudah dan janji tak nak bawa banyak baju . Tapi macam tu lah , datang harinya . Semua nya saya bawa ;p

2 beg besar , satu full baju kurung 4 pasang , jubah 4 pasang , seluar 4 pasang , Blouse , ni paling banyak . Isnin - jumaat kelas kan ? So , sehari satu . eceh . Blouse dalam 6 pasang . Dah cuba nak pilih antara 6 tu bawa 4 je tapi apakan daya ? tak mampu , keluar baju ni . masuk baju tu . Aiyoooo ! Kalau mak saya yang kemas kan komfirm 2 beg je . Siap semua dalam 2 beg tu . heheh

Heheh , what to do ? ;p

Continue lagi , 2 box plastik saiz sederhana . Satu full dengan baju harian , extra telekung , extra tuala , 4 helai tudung labuh . Ape lagi eh ? Satu baldi , full padat gilo dengan barang mandi , hanger , beg gi kelas dua , baldi kecik , penyepit baju . Semua lah saya sumbat . hahah ! ;p

Tu je lah yang besar nya , 2 lagi beg kecil untuk telekung sebenarnya tapi memandang kan xde port nak letak bedak , losyen semua . last2 beg telekung tu bergabung jadi beg 10 in 1 ! macam macam ada dalam tu . kah3.. And last beg laptop lah . tu pon menyelit jugak buku buku agama celah celah tu . 

Rasanya kalau boleh macam macam lagi benda nak bawa ni . hehe . Setakat ni mak ayah tak bebel lagi lah ye . karang karang Mungkin ;p . Tak pe dah biasa dah . hahah. Tiap awal sem macam ni . Kalau balik sem jangan cakap lah dari 7 beg boleh jadi berbelas belas. Please believe it ! hehe.Universiti rumah kedua , tu pasai semua nak kena angkut ;p 

" Semoga Allah swt permudahkan urusan saya dan semua umat islam dalam apa jua keadaan " Aminn :)


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



::: Matlamat sem baru ? next entry ! 
Semoga Allah permudahkan urusan esok :)
4.30 pagi gerak dari rumah :)


Jom jadi sabar ~

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum :)
Saya sedang menaip dalam rasa sedih , kedukaan melanda diri saya . Betul lah kata orang , bila kita cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik pelbagai dugaan dan cabaran perlu kita tempuh . Yang dimana kadang kadang cabaran itu datang dari orang yang paling dekat dengan kita . Mungkin ada yang tak senang dengan kita yang dulu nya biasa -biasa saja . Bertudung bidang 45'' kini berubah ke tudung 60'' dan berubah lagi ke tudung labuh yang sarung . Saya tak mampu nak puas kan hati semua orang , saya abaikan apa orang nak cakap , janji saya tahu apa yang saya buat. Saya cuba hidup untuk mendekati Allah dengan lebih rapat . Saya sayang Allah . Dengan itu , saya perlu berubah ke lebih baik . 

Bila saya berjubah , ada suara mengatakan ' Eh , nampak lagi gemuk lah ' . So , i stop wear it depan dia . Belakang dia saya pakai . Tu dulu , starting from now , Whatever it is , i still want wear it . Bukan kah lagi elok nampaknya berbanding mengenakan seluar ? Kalau pakai kain, orang susah nak nampak besar mana kaki kita , tapi bila pakai seluar orang boleh agak saiz kaki kita . Ohmy , seluruh tubuh badan saya simpan untuk bakal suami saya 

" Hai orang-orang yang beriman , mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat , sesungguhnya Allah beserta orang - orang yang sabar [ Al Baqarah : 153 ]

" Hai orang - orang yang beriman , bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu ) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung [ Ali 'Imran : 200 ]

Saya cuba menjadi seorang yang sabar dengan semu ujian ni . Semoga Allah permudahkan urusan saya . Saya rasa bersyukur ada seorang abang kandung yang sangat sangat memahami isi hati saya , When i telling him about this and that story , he advised me . Saya rasa lebih selesa meluahkan perasaan dekat dia . buat apa kita nak cari Bf/Gf untuk luahkan perasaan kita kan ? Adik beradik kan ade ^^ . nak gayut 27 jam pon parents tak marah :)

" Jom jadi seorang yang sabar , Sabar kan separuh dari Iman "

Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



::: Saya bahagia dengan perubahan ini . Semoga 
Allah redhai hidup saya dan seluruh umat islam ^^

Thursday, 1 March 2012

Confius ~

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum wbt :)
Entry yang ringkas dan padat . ecehh .

Confius ? Keliru ?

Confius dengan pendaftaran kolej untuk sem ni , dan ada beberapa masalah sedikit . Haritu tengok jadual kolej daftar 3hb , tup tup dengar cerita 4 hb pulak dah . Mana satu yang betul ni , saya pon tak tahu lah . Tak da masalah bagi saya nak register 3 atau 4 hb. Tapi bila reg 3hb ada sorang roomate tak dapat sebab dia ada muet padi sabtu tu . Kalau 4hb , sorang lagi tak dapat sebab praktikal kat kelantan . Kelantan kan keje on Sunday . Hmm. Nak dua - dua roomate ni sebilik . Alaaaa . Call kolej , diorang tak bagi cop kan tempat . Sem - sem lepas boleh je .Sem ni ketat pulak syaratnya. Nak reg awal lagi lah xboleh . 

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kami dan memudahkan urusan untuk register kolej untuk sem ni . Excited nak naik sem , sebab nak mulakan hidup yang baru di kampuss. yeayyy ! Semoga semuanya berjalan dengan lancar . Semoga hidup lebih lebih lebih diberkati olehNya :)

" Mohon lah pertolongan kepada Allah Swt , sesungguhnya dia Maha Mendengar "


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



::: Semoga semua berjalan dengan lancar ^^

Wednesday, 29 February 2012

Meaningful and i love it ! ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum :)
Bila seorang penulis lirik menulis lagunya dengan penuh keikhlasan , kita dapat menghayati apa yang sebenarnya si penulis nak sampaikan . Lagu Nur Malam by Saujana one of my feveret song. Liriknya sangat puitis dan sangat bermakna sampai kadang - kadang menangis dengar bait-bait lirik lagu ni . Seolah olah boleh rasa betapa bersungguhnya penulis lirik ni nak menyampahkan dakwah nya :) .Penulis lirik menyatakan kita akan nampak kelemahan kita bila kita mengadap Tuhan. lagi kerap kita mengadap Dia lagi banyak kesalahan yang kita nampak . Dengan itu , sedaya upaya kita cuba untuk berubah kearah yang lebih baik . Its TRUE bila kita mengadap Tuhan segala kesalahan kita seolah - olah di papar kan . thats what i feel . Ohhmyyy sememangnya saya hanya hambaMu yang selalu lalai tetapi cuba berusaha untuk lebih mendekatiMu . Amiin :)

Jom hayati lirik lagu ni ... Fahami lah dengan sepenuh jiwa untuk menikmati keindahan lirik lagu ni . hehe .Boleh nyanyi sekali sambil tengok video ni . Tak jumpa video klip sebenar .


Renungi malam ini rasa kesangsian 
Ku kini berada di alam yang sunyi 
Hanya bertemankan bintang dan bulan 
Di malam kelam 


Hembusan angin bayu pastikan berlalu 
Seiring dosa lalu yang membelengguku 
Moga semalam jadi pedoman 
Dan pengajaran 


Langkah kaki kananku 
Menyusuri rumah suci 
Bermula episod baru 
Dalam ketulusan hati 


Bila hati menghadap tuhan 
Baru kusedar ada kelemahan 
Terasa kerdil berbanding Yang Esa 
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan 


Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu 
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu 
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku 


Inginku ubah cara hidupku yang lalu 
Menjadi hamba yang diredhai selalu 
Tiada palsu wahai tuhanku 
Alloh yang satu 


Kuakhiri sujud dengan doa 
Semoga dikabulkan hajat 
Dijauhkan duka lara 
Kuharap terimalah taubat


" Semoga Allah menerima taubat kita semua " aminn :)


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ


::: Ada satu lagi lagu best , coming soon :)

Monday, 27 February 2012

Hukum Allah ke adat ?

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum wbt :)
Semalam saya ke majlis pernikahan pangkat sepupu sayalah kira nya . Pernikahan di Bandar baru , kami di pihak lelaki dari hometown nak ke rumah pengantin perempuan menganbil masa sekitar 2 jam lebih sedikit . Pernikahan berlangsung selepas asar . Secara keseluruhan , ianya nampak okay . Tapi dari segi pandangan saya ada yang perlu diperbaiki kerana sesetengah majlis pernikahan ada yang menolak hukum - hukum agama . Sorry to say but its true .

Kahwin itu sunnah :)

Di majlis ini saya nampak , pakaian pihak perempuan just nice . Tetapi silapnya pada tudung . Kebanyakan pengantin lupa isu tudung ni . Kalau diluar kita pakai tudung tutup dada , sempurna . Tapi kenapa bila nak nikah / kahwin tudung itu dipendekkan ? Ada yang macam buat syarat asal tutup tengkuk . Disekeliling saya kebanyakannya begitu , pakai tudung pendek tak lepas dada . Bukan kah kita disuruh melabuhkan tudung menutup dada ? Seperti mana kita sembahyang seperti itu juga lah aurat perlu ditutup bila kita di luar . 

Cantik apabila kita menutup aurat :)

Macam mana nak berkat bila pada mula pernikahan kita dah langgar perintahNya ? Sedarlah wahai kaum hawa diluar sana . Bila kita bernikah / kahwin jangan terlalu ikut akan budaya . Kita boleh berhias tetapi jangan terlalu over . Ada tu yang mekap , sampai tak nampak muka. Kan manis lagi cantik kalau neutral beauty ? Kan lagi cantik dan sopan bila menutup aurat dengan sempurna ? Bak kata pepatah Yang Tertutup Itu Indah :) 

Si kecik pon tutup aurat ^^ . Comel :)

Tok kadi di majlis ini sangat bagus. Siap bagi tazkirah free lagi isu perkahwinan .Semua orang yang dah kahwin/belum boleh manfaatkan tazkirah yang diberi . Alhamdulillah . Bila si perempuan dah mekup tebal , macam mana nak buat solat sunat / sujud syukur ? At last si lelaki saja yang buat . Mungkin yang perempuan buat dirumah kot. Mungkin . Tok kadi siap pesan lepas selesai akad nikah . Pesannya " Pengantin lelaki lepas ni buat solat sunat kahwin dan sujud syukur , kalau boleh dibuat sekali dengan pengantin perempuan , imam makmum " . I wonder how , si perempuan dengan make up tebal , baju agak fit sedikit , berhias di kepala macam mana dia nak sembahyang on that time ? nak sujud , jatuhlah perhiasan atas kepala . hmm.. 

Pesanan dari saya , dipetik dari iluvsilam.com . Salah satu laman web feveret saya ^^

Kepada yang bakal menikah . Walaupon saya tak da pengalaman tetapi saya nak nasihatkan sebaiknya buat lah pernikahan pada waktu pagi atau selepas isya' atau selepas zohor . Sebabnya bila buat selepas asar atau maghrib . Masa suntuk . Orang terkejar kejar nak solat lagi . lagipun ia memudahkan pihak pengantin terutama yang perempuan . Nak make up lagi . ape lagi . Make up boleh tapi jangan terlalu tebal sampai berbeza kulit tangan dengan muka . bagi saya itu peliks.

Apa - apa pon , here my wish . Selamat penganti Baru kepada sepupu lelaki saya dan zaujahnya . Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat . Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah . Aminn :)

" Aurat diluar dan ketika kita solat adalah sama , Tengok pakaian ketika sembahyang , tengok pakaian ketika diluar , SAMA ? okay boleh keluar jalan - jalan dengan senang hati :) "



Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ




:::Saya harap majlis pernikahan saya dan adik beradik saya nanti tidak melanggar perintahNya dan direhai olehNya. InsyaAllah :) Semoga pernikahan anda semua juga begitu ^^ . Aminn :)

Friday, 24 February 2012

Aurat di hati ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum wbt :)

Nak share satu quote yang saya dapat daripada majalah Solusi yang terbaru edisi 41. Jika ada kesempatan , saya amat suggestkan kepada semua untuk membeli majalah ini . Hanya Rm10 . Okay lah tu nak dibandingkan dengan ilmu yang bakal kita dapat dalam majalah ini :) . 

Tajuk kali ini : TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT . Anda nak selamat ? Tutup aurat . InsyaAllah :)

" Aurat di hati " patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah aurat di hati ini jauh lebih penting di jaga dari aurat badan. Maksudnya , hati jangan liar , hendaklah dijaga selalu . Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung , maka tingkah laku akan menjadi liar juga , pergaulan bebas , pandangan mata tidak dikawal , keluar hingga jauh - jauh malam , berada di tempat - tempat maksiat , maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak diri 

Saya sendiri mengaku saya pun ada masalah nak jaga hati ni . Sebab nak jaga hati ni sangat mencabar . Contoh bila kita melihat lelaki ajnabi , terdetik di hati kita kita suka dia . Oh myy . Boleh merosakkan hati kita . Sebab itu bila berjalan seeloknya menundukkan pandangan . Tapi jangan tunduk sampai langgar sana sini. Orang pon kena juga tengok . nanti jalan jalan masuk gaung payah pulak. heheh :)


" Semoga sama - sama jaga hati , ia lebih penting dari jaga aurat di badan"



Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ




:::Kreadit to Majalah Solusi :)
Tengah menonton dilema wanita , 
Anak dia , so bad , walaupon kuat belajar agama .

Wednesday, 22 February 2012

Result dah keluar...

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful


Assalammualaikum wbt :) 

Okay , result dah keluar. Semalam jam 1 pagi kawan IM kat fb tanya dah cek belum. Saya like 'eh?' , tak cek lagi sebab email memang terbuka. Takda email dari pihak U. Kawan suruh refresh banyak banyak kali. Saya like 'eh?' sebab email dari fb dan twitter lancar je masuk ;p . haha. Bila refresh banyak kali , tup tup naik pulak email dari U . Hadoi , ranap ranap . bergetaq seluruh badan. Risau semua ada.

Semalam , fikir nak buka ke tak . haha. Benda depan mata 



At last , buka jugak lah email tu . Firstly , syukur alhamdulillah semua subject pass. Takda C langsung. A , A- , B+ , B , B- je ada. Banyak nyee. Kalau semua A je kan senang. :D . GPA saya ? emm.. boleh lah . Hampir nak dekan , malang nya tidak . CGPA saya alhamduliilah okay :) . Tak pe , tu maknanya Allah swt suruh saya usaha lebih keras kot eh ? hehe. Usaha dengan result saya setanding lah tu. Subject yang saya RASA saya boleh skor , gred macam 'erk' sikit . Tapi subjek yang saya paling risau tetibe dapat A- . Syukur . Bagi saya , subjek yang kira rasa OK tu lah sebenanrnya kita kena lebih hati-hati. Subjek yang kita rasa takot , risau tu sebenanrnya yang OK . Bila kita risau , kita akan usaha lebih. Tu pasai subjek tu dapat A- . Tahu tak ? sabtu ahad , saya pulun buat semua assignment 8 subjek yang lain . Secepat mungkin. Start isnin until jumaat focus on that A- subjek. Wahh. Sebab risau punya pasal . Lecturer nya nampak macam kedekut kasi markah , tapi sangat terkejut dia bagi A- . Ramai juga kawan - kawan dapat A- , A . Dia nampak usaha kami kot ? hehe.

Terkejut dapat A- . heheh

Apa apa pon , saya bersyukur ke hadrat Illahi . Tak kisah lah berapa gpa . Janji dapat teruskan perjuangan untuk semester depan . InsyaAllah . moga -moga Dia permudahkan urusan kita semua . Aminn :) . Saya berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha. Itu janji saya pada diri dan parents :)
Nak berjaya tak mudah dan tak susah , Asal kan ada usaha dan semangat


Isu result parent saya tak pernah pertikaikan apa yang saya atau adik beradik saya dapat . Mungkin rezeki masing - masing . Mereka tahu kami berusaha . cuma kental tak kental je .hehe. Thanks kepada makayah , adik beradik , semua lecturer yang mengajar , kawan-kawan :)




' Bersyukur dengan kurniaan Allah swt , jangan putus asa '


Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ



:::Perasaan ? saya okay je. heheh
Blog ni sewel lah ~ aiyooo . setting tetibe lari pulak .

Penantian result...

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful

Assalammualaikum wbt :)
Harini 22 February 2012 . tarikh keramat + gementaq + takot + semua perasaan bercampur baur.Sebabnya result exam Universiti saya akan keluar tak lama lagi . Eh , harini lah . Nak cek kat student portal jam 9 pagi esok . Tapi starting by 1200 am ni result akan dihantar melalui email untuk memudahkan pelajar nak cek result. Ikot naseb , ada yang dapat awal jam 12 ada yang 1 ,2 pagi tapi yang pasti before 9 pagi semua akan dapat result melalui email. Last sem dapat jam 12 . 4+ am . Kira awal lah tu . On gtalk , sebab boleh tahu email apa yang masuk. Setakat twitter and fb tak buka pon. Setiap email masuk , laju je tengok . Kot kot result , lepas tu getaq sendiri . aiyoooo !

saya cuak.
Apa yang saya harap kan untuk result kali ni ? Hmm. semestinya nak yang terbaik dan kalau boleh nak dekan lagi . Tapi sem haritu usaha tak sekuat sem lepas , macam mana? hehe. Banyak main sem haritu . Entah ape nak jadi. Macam menyesal , actually bukan macam , memang menyesal . hahah . Tak pe , Saya dah cuba yang terbaik yang saya boleh . Andai saya dekan lagi , syukur alhamdulillah sangat - sangat sebab Allah swt perkenankan doa saya . Tapi seandainya tidak , alhamdulillah juga. Tu maknanya Allah swt suruh saya kerja keras lagi :) . 

Nak A+ , boleh dapat 4 tegak. 
Saya kalau bab menunggu result memang sanggup tak tidoq . Kalau dah tido pon bangun balik sebab tido - tido ayam , tak lena. las sem baru je off laptop ,sekali kawan mesej suruh cek email. Dengan pantas on laptop , sememang nya ada email result masuk . Pastu cuak nak buka . Abang saya peneman setia disebelah yang buka kan. Saya kalau tengok result , menggagau , tahu apa itu menggagau ? hahah . melilau nak tengok semua dalam satu masa. Aish , teruk :D

Okay , nanti dah dapat result update lagi . walaumacam mana pon result yang kita dapat dalam exam . Itu lah realiti , jangan sorokkan realiti ^^

' Walau apa pon result yang dapat , jangan lupa ucap alhamdulillah ye anak - anak '

Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ


Result come to mama , cepat siket :D