Wednesday, 14 November 2012

Terima kasih kawan :)

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum Wbt. Apa khabar semua ? Harap dalam keadaan sihat rohani dan jasadi :).
Minggu ni masih rasa macam mood - mood cuti lagi. Sebab selasa dan khamis cuti devali dan awal muharam. So, rasa nak pergi kelas pon berkira-kira. Ish3..Tak elok sebenarnya macam ni. Tapi dah tahu,still lagi buat. Haihhh.. T__T. 

Creadit to Encik Google

Perjalanan hidup harini. Pagi tadi ada kelas, presentation lagi. Ohmyyy pengkritik sampai 4 orang lecturer *pengsan*. Memang agak kena hentam lah. Majority semua dikritik oleh lecturer termasuk saya. Sampai at the end ada seorang lecturer tu cakap ' Jangan lah awak sedih, saya nasihat je' . Eh, sebenarnya saya bukan sedih Encik tapi saya sedang memikirkan sesuatu. hahah. Walaupon mula mula rasa macam nak marah tapi bila pikiaq balik. Semua tu demi masa depan saya jugak. Bagus sebenarnya teguran teguran dari pensyarah ni. Tak pa na, saya ambil sebagai satu benda yang positif. Cuma refresh balik sebab sebelum ni rasa anginnnn je. heee. Almaklum darah muda. Harap harap tak selalu macam ni ye :)

Okay, continue cerita. Macam dah lari cerita dari tajuk diatas. Tajuk harini 'TERIMA KASIH KAWAN' sebab? Ha, ni yang saya nak cerita. Nak dijadikan cerita selepas presentation yang tamat pada jam 1030pagi tu. Kami dalam 10 orang nak makan kat cafe fakulti. Malangnya Fullhouse. So, beranjak lah, Otak ni memang laju je pikiaq kalau bab nak jalan jalan ni. EH? hee. Then, we decide to brunch at Restoren Hakim. Konvoi 2 kereta. Makan punya makan sampai kenyang lah. Alhamdulillah :)

Creadit to Encik Google

Tengah tengah makan, kawan call ajak pergi Setia City Mall, Mereka nak mencari kasut. Ada sale katanya, kasut yang puluh puluh diturunkan harga ke RM15. Memang menggila lah kan. Hee. Masa ni teruji sikit lah nafsu tu, tapi bila fikir balik..tengok kasut masih baru. Saya abaikan sale sale ni semua. Tahan nafsu sikit ye kalau masuk mall. Oh ye, Kami pergi 3 kereta masa ni. 2 orang lelaki, 8 orang perempuan. Yang lelaki classmate memang mati kutu lah.Duk termenung je, bosan agaknya keluar dengan perempuan nak shopping. haha. But remember one day u will face this situation with you wife. Wife not girlfren okay :). Oh. mungkin bershopping dengan si isteri lagi menarik kan? ;p. 

Saya pon agak bosan ketika tu, lari kejap masuk kedai baju baju sukan.Wahh tertarik dengan design Nike. Walaupon hanya baju putih dan minor design tapi ianya cukup menawan. Nafsu lagi. haihh. Nyaris dah nak pergi bank keluar duit. Tahan lagi. Tengok harga RM99 . Fuhhh syukur. Nasib harga nya mahal . hahah ;p

Okay okay. Sambil sambil menunggu kawan kawan perempuan nak beli kasut. Saja lah tengok directory kat Mall tu. Ternampak Big Apple. Wahh ni memang menguji sebab saya dah lama nak makan donuts ni.. Nak dijadikan cerita. Ada member sorang ni duduk sahaja. 

Perbualan kami : Terima Kasih kawan :)

Saya : Haus tak?
Kawan : Tak, kenyang lah *ofcos lah, kiteorang baru lepas makan kot* . Kenapa?
Saya : Nak pergi Big Apple tak ? Nak makan.
Kawan : Tak kenyang lagi ke ? Makan lah fast food banyak banyak. Nanti badan naik baru tahu
Saya : Erkk.. *terus diam membisu*

Creadit to iluvislam

Mula mula rasa macam tersentap jugak lah kan. haha. Tapi bila fikir fikir balik.Ada betulnya apa kawan saya cakap tu. Zaman sekarang kita selalu didedahkan dengan makanan yang tak sihat. I means fast food. Tak elok makan selalu. Tapi sejak jadi students ni kadang kadang makanan tu macam dah jadi makanan harian. Sangat tak elok okay sebenarnya. So, harini nak tanamkan azam. No fast food. Boleh ambil tapi jarang jarang. Harap harap boleh lah capai azam ni. Satu lagii.. bila tengok fast food , kita lupa yang kita sebenarnya seorang pelajar yang TIDAK BERGAJI. Semua mak ayah support. Kesian mereka, kalau kita selalu makan fast food , duit pon banyak keluar. hmm. Baru sedar kan? Kriikk kriikk.

"Dalam islam pon mengajar kita untuk berlapang dada kan? Menerima segala nasihat orang lain tanpa memikirkan siapa dia. Mahupun dia seorang pelacur ^^"

Disini, saya nak ucapkan terima kasih kawan. Tak perlu mention nama sebab blog ni saya xbagi tahu sesiapa pon. Siapa terjumpa.jumpa lah :). Terima kasih sebab ingatkan saya tentang kesihatan. Lagipon, boleh berdiet .. Dan terima kasih juga pada semua kawan kawan yang menghiburkan hari hari saya . Full of love, ^^



Wallahu'alam  

تريما كاسيه كران ممباچ


p/s : Balik dari Setia City terus ke kelas.
kelas petang2 memang mengantok ;p.

No comments: