بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH , the most Gracious and most Merciful
Assalammualaikum wbt :)
Semalam saya ke majlis pernikahan pangkat sepupu sayalah kira nya . Pernikahan di Bandar baru , kami di pihak lelaki dari hometown nak ke rumah pengantin perempuan menganbil masa sekitar 2 jam lebih sedikit . Pernikahan berlangsung selepas asar . Secara keseluruhan , ianya nampak okay . Tapi dari segi pandangan saya ada yang perlu diperbaiki kerana sesetengah majlis pernikahan ada yang menolak hukum - hukum agama . Sorry to say but its true .
Kahwin itu sunnah :)
Di majlis ini saya nampak , pakaian pihak perempuan just nice . Tetapi silapnya pada tudung . Kebanyakan pengantin lupa isu tudung ni . Kalau diluar kita pakai tudung tutup dada , sempurna . Tapi kenapa bila nak nikah / kahwin tudung itu dipendekkan ? Ada yang macam buat syarat asal tutup tengkuk . Disekeliling saya kebanyakannya begitu , pakai tudung pendek tak lepas dada . Bukan kah kita disuruh melabuhkan tudung menutup dada ? Seperti mana kita sembahyang seperti itu juga lah aurat perlu ditutup bila kita di luar .
Cantik apabila kita menutup aurat :)
Macam mana nak berkat bila pada mula pernikahan kita dah langgar perintahNya ? Sedarlah wahai kaum hawa diluar sana . Bila kita bernikah / kahwin jangan terlalu ikut akan budaya . Kita boleh berhias tetapi jangan terlalu over . Ada tu yang mekap , sampai tak nampak muka. Kan manis lagi cantik kalau neutral beauty ? Kan lagi cantik dan sopan bila menutup aurat dengan sempurna ? Bak kata pepatah Yang Tertutup Itu Indah :)
Si kecik pon tutup aurat ^^ . Comel :)
Tok kadi di majlis ini sangat bagus. Siap bagi tazkirah free lagi isu perkahwinan .Semua orang yang dah kahwin/belum boleh manfaatkan tazkirah yang diberi . Alhamdulillah . Bila si perempuan dah mekup tebal , macam mana nak buat solat sunat / sujud syukur ? At last si lelaki saja yang buat . Mungkin yang perempuan buat dirumah kot. Mungkin . Tok kadi siap pesan lepas selesai akad nikah . Pesannya " Pengantin lelaki lepas ni buat solat sunat kahwin dan sujud syukur , kalau boleh dibuat sekali dengan pengantin perempuan , imam makmum " . I wonder how , si perempuan dengan make up tebal , baju agak fit sedikit , berhias di kepala macam mana dia nak sembahyang on that time ? nak sujud , jatuhlah perhiasan atas kepala . hmm..
Pesanan dari saya , dipetik dari iluvsilam.com . Salah satu laman web feveret saya ^^
Kepada yang bakal menikah . Walaupon saya tak da pengalaman tetapi saya nak nasihatkan sebaiknya buat lah pernikahan pada waktu pagi atau selepas isya' atau selepas zohor . Sebabnya bila buat selepas asar atau maghrib . Masa suntuk . Orang terkejar kejar nak solat lagi . lagipun ia memudahkan pihak pengantin terutama yang perempuan . Nak make up lagi . ape lagi . Make up boleh tapi jangan terlalu tebal sampai berbeza kulit tangan dengan muka . bagi saya itu peliks.
Apa - apa pon , here my wish . Selamat penganti Baru kepada sepupu lelaki saya dan zaujahnya . Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat . Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah . Aminn :)
" Aurat diluar dan ketika kita solat adalah sama , Tengok pakaian ketika sembahyang , tengok pakaian ketika diluar , SAMA ? okay boleh keluar jalan - jalan dengan senang hati :) "
Wallahu'alam
تريما كاسيه كران ممباچ
:::Saya harap majlis pernikahan saya dan adik beradik saya nanti tidak melanggar perintahNya dan direhai olehNya. InsyaAllah :) Semoga pernikahan anda semua juga begitu ^^ . Aminn :)




No comments:
Post a Comment